Jumaat, 21 Februari 2014

Salam Jumaat....

Assalamualaikum... salam Jumuah kepada anda semua... macamane semua orang?? sihat-sihat belake?? Alhamdulillah... hope all of you are fine like me today....

Okay... hari ini hari Jumaat yang mane yang memang kita dengar dari kecil lagi yang hari Jumuat nie adalah penghulu kepada segala hari... hehehe... Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”

Ramai mengatakan kenapa hari Jumaat itu digelar sebagai penghulu kepada segala hari adalah kerana pada hari Jumaat lah benyak benda yang berlaku. Seperti  dinyatakan di dalam satu hadith :

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

Jadi jelaslah yang hari Jumaat nie adalah hari yang dianggap mulia oleh umat Islam. Dan semestinya ada beberapa bentuk sunnah yang boleh dipraktikkan pada hari Jumaat. Aku yakin ada banyak sunnah-sunnah Nabi pada hari Jumaat nie. Mungkin kita semua tak boleh beramal semuanya seperti aku yang tengah kerja nie, macamane nak mandi sunat sebelum solat Jumaat. Tapi takpe, at least kita tahu apa sunnahnya dan kita ada niat nak buat, jadi dapatlah pahala walaupun tak buat. 


Antara perkara-perkara sunat yang boleh kita amalkan pada hari Jumaat adalah :

1- Membaca Surah Al-Kahfi :

Dari Abu Sa'id al-Khudri ra, dari Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq."

Dan ada juga riwayat mengatakan yang siapa2 membaca surah nie maka dijauhkan mereka dari fitnah terbesar didunia. Fitnah apekah itu??? Bukan fitnah2 mencuri ke... bukan juga fitnah men sumpah2 Al-Quran nie.. hehehe... tapi ia adalah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Nie lah fitnah yang sepatutnya kite takut dan bersiap sedia dari sekarang.

2 - Memotong kuku dan rambut serta mencukur bulu-bulu.

Daripada Abu Hurairah maksudnya “Nabi SAW  memotong kuku dan menggunting misaim pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk solat” (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

3- Berselawat ke atas junjungan mulia.

Pada hari ini juga kita disunatkan memperbanyakkan selawat keatas Nabi SAW,siang dan malam.  Semestinya kita perlu berselawat ke atas Nabi walaupun bukan di hari Jumaat. Tetapi pada hari jumaat ia lebih digalakkan lagi oleh agama.Antara kelebihan berselawat ke atas Nabi saw pada hari jumaat ialah akan mendapat pahala dan beroleh syafaat Nabi saw pada hari kiamat nanti...InsyaAllah.

"Apabila kamu berada pada hari jumaat dan malam jumaat,maka hendaklah kamu memperbanyakkan selawat ke atasku."(riwayat Muslim)



4- Solat subuh dengan membaca Surah Saajdah dan Surah Al-Insan.

 Teringat lagi semasa sekolah di Maahad Tahfiz dulu, solat subuh pada hari Jumaat boleh dikatakan sedikit penat kerana masa sekolah dulu kami diwajibkan untuk bangun pukul 430 pagi lagi. Lepas itu, kami akan solat tahaajud dari pukul 5 pagi sampai masuk waktu subuh. Kemudian solat subuh pulak imam baca panjang pula sebab hari Jumaat imam wajib membaca dua surah tersebut. Masa baca qunut pula, imam akan membaca qunut nazilah (yang panjang juga).

 Ini kerana nabi memang mengamalkan membaca surah Saajdah pada rakaat pertama dan surah Al-Insan ketika di rakaat kedua. Dalam surah Saajdah pula ada sujud yang disunatkan tatkala dibaca ayat yang ke-15 dalam surah tersebut.

5 - Bagi lelaki bersuci, berwangi-wangian, memakai sebaik-baik pakaian dan awal ke masjid. 

 “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah kemudian dia segera pergi (ke masjid dan di sana belum ada orang) maka seakan-akan dia berkorban seekor unta.  Barangsiapa yang datang pada saat kedua maka seakan-akan dia berkorban seekor lembu.  Barangsiapa yang datang pada saat ketiga maka seakan-akan dia berkorban seekor domba yang bertanduk.  Barangsiapa yang datang pada saat keempat maka seakan-akan dia berkorban seekor ayam jantan.  Dan barangsiapa yang datang pada saat kelima maka seakan-akan dia berkorban sebutir telur.  Apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka datanglah para malaikat untuk mendengarkan khutbah itu.” 

(HR al-Bukhari & Muslim)


Sebenarnya banyak lagi benda-benda sunah yang boleh dilakukan oleh kita semua. Sebagai contoh yang dah kahwin sume tu kan... hahhaha.. tapi sebab aku tak kahwin lagi... tak perlulah kowt... hehehe...

Sekadar itu untuk perkongsian.. moga2 kita dapat beramal... Wallahua'lam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sedikit Bebelan....

Bismillah...
Assalamualaikum...
Selamat Datang ke Dunia Ilusiku.. 'Warkah Ilusi'...

Apa khabar semua??
Aku buat blog nie mmg utk korang bace...
Jadi kalau korang nak bace...
Bace je la... Hahahaha....

Sorry sebab lama tak update...
Yang rindu kat aku tu...
Aku pun rindu korang.... Hahaha...

Lastly....
Kalau ade yang korang rase berguna dlm blog nie....
Gunalah.... dan sebarkanlah.....
Aku nie insan biase.... yang byk (giler) dosa.....
Aku tak layak jd pendakwah macam kawan2 aku....
Nie je yang aku mampu.....
dan kalau aku ade salah.... komen je....
xdelah aku nak p sepak korang plak kan.....
Nak amik ape2....
cakap kat aku dulu....
sbb takut aku plak ada masalah nanti....
Sume bnda dlm nie adalah hak milik keRAJAan 'warkah ilusi'...

SElaMat BerIlUsi......
dalam 'warkah ilusi'....
moga2 dr diskusi....
mendpat konklusi.....
jdkan ia sbg inspirasi....
d dunia dan ukhrawi....


~= cciiikkuuuu ccaaaak =~ huhuhu....

next please........

Related Posts with Thumbnails