Khamis, 27 Februari 2014

HANYA UNTUKMU... (PART 1)

'Sesungguhnya.. solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu'

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teruk betul jam kat KL nie... Setelah sampai di rumah, aku keluar dari kereta, buka pintu dan bagi salam. Terasa letih tetapi rindu sekali kepada rumah terutama sekali kepada 'isi'nya...


home sweet home......

'Assalamualaikum...' sapaku dua tiga kali juga...

Maka aku melihat isteriku pantas bergegas sambil menjawab salam... Di tangan kanannya membawa segelas air dan di sebelah lagi tu... hmmm... aku tak berapa nampak... tapi macam benda panjang je...

'Waalaikumussalam... huuuhh'- sapa isteriku sambil tercungap2 kerana berlari....
'Kenapa berlari2 nie?? Ada hantu dalam rumah ke??' sindirku sambil bergurau...

'Bukan laa bang... Maaf bang.. saya tak sempat buka pintu untuk abang. Saya tengah memasak tadi untuk abang. Maaf sebab masak lambat, meeting kat ofis tadi lama sangat'- panjang jawapannya...

Sambungya ' abang nie air untuk abang'

'Owh terima kasih' aku duduk sambil membuka stoking dan aku tanya pulak... 

'air nie untuk abang, habis tu yang sebelah kiri tangan awak tu apa?'

'bang, nie senduk... kalau abang rase saya patut dihukum untuk lambat layan abang harinie... pukullah bang... memang salah saya... saya ingat nak ambil rotan tapi tak...' cepat saya potong kata2nya itu...

'awak.. apa awak cakap nie... takkanlah saya nak hukum awak sebab nie je??'

'bang, pukullah sekiranya layanan saya sebelum nie tak bagus...' sambungnya lagi...

'awak, bukan kita nak menghukum orang.. awak layan saya macam raja...' sayu hati saya bila dia cakap camtu...

'hhmmmm... sedapnye bau awak masak... awak masak ape nie??' ujarku

'meh sini senduk tue.. saya pi sambung pulak.. jom kita pergi dapur...' ajakku..

'bang saya nak ke toilet dulu ye'

'ok sayang... cepat sket naty hangit pulak awak suruh saya masak sume tu'

Lalu aku terus ke dapur. Selang beberapa minit, terdengar suara kuat memanggil aku...

'abang2.. abang!!!!! abang!!!!!!!!'

Itu suara isteriku.. aku terus berlari ke toilet.. semasa aku berlari aku seolah berpusing2 dan seperti ada orang memukul muka ku...

'abang, abang abang!!! abaaaannnngggg!!!' semakin kuat suara itu dan semakin kuat terasa pukulan di muka ku... tibe2 dialect die pun macam ke arah2 kelantan sket...

------------------------------------------------------------------------

'abee bangunlaa weeiii '... 'nok suboh doh nie...'

Aku membuka mataku maka ku lihat satu2nya adik bongsu perempuanku , Alya Faten sedang dok tampar2 muka ku... Astaghfirullah.. aku bermimpi rupanya tadi... heeee....

Adik bongsuku tersenyum jee... 'dey mimpi abe ngoh nie?? tersengih2 je adik tengok...'
"bangun2!!!! ish2... sokmo mimpi...cepat2... nak bey suboh doh nie.."
'supo oghe tak betul jah kawe tengok..' ujarnya secara perlahan supaya aku tak dengar...

Aku yang tengah mengantuk dan rasa kecewa sebab adik aku potong line dalam mimpi tadi cakap..
'gapo adik royak?? owh royak oghe gilo deh... meh sini oghe gilo nok mengamuk...' aku terus pegang dan geletek dia...

'arrrgghh... adik tok royak gapo2 laa... arrgghh.. abe chik tolong adiiikkkk!!!'

Disebelah aku ada satu2nya adik lelaki aku, Alif Firdaus yang masih tidur tetapi seakan2 nak terjaga sebab kitorang bising....

Setelah beberapa minit bergurau, adik lelaki aku pun join.... Seketika kemudian, datanglah ummi kami, Nor Amirah... 'gapo dio nie gegey2 nie... bangun2 subuh pun nok rutoh rumoh deh...'

'abe ngah.. abah takdop nie.. dio key gi bawak oghe gi umroh 2 mggu... Jd abengoh r kena jadi imey gaty abah kat masjid.. Cepat2.. key gegey makmum tok imey tok sapa lagi' ujar ummi kepadaku...

'aloss... Toksey r jadi tok imey ummi... naty rama oghe nok wat menatu' gurauku...

'hmmm.. wat menatey adolah' sampuk adik lelakiku sambil menyindir...

'owh... royak ko abe nate deh... nak kena nie...' aku terus bangun dan tarik telinga adik aku tu tapi dia sempat tempis2.. aku cuba jugak... Faten pun join jgak...

'abe chik meh kito gomo abe ngoh pulop... dio ingat dio kuat' ajak faten yang nak buat pakatan dengan adik lelakiku... Heee... Tersenyum ummi sampai umi tarik telinga kitorang sambil cakap...

'nah amik nie hadioh suboh dari ummi tercinta'

Selang beberapa minit... Azan subuh berkumandang... Beginilah hidup aku dengan famili aku... Abah sedang ada urusan sebagai 'mutawwif' orang membuat umrah... Musim haji pulak dia r yang membawa jemaah haji ke Meqah Al-Mukarramah... Abah takde dalam dua minggu lebih... Maksudnya aku r yang menggantikan abah jadi imam di masjid dekat rumah aku... Aku sekarang baru habis belajar di matrikulasi UIAM Petaling Jaya.. Sekarang tengah tunggu 'transit' ke Gombak pula.. Aku amik jurusan Seni Bina, tapi aku tak minat sangat... Aku tak kreatif tapi sebab ini permintaan ummi... Aku tunaikanlah hajatnya... Tetapi aku rasa macam nak tukar kos je sebab susah sangat jadi budak arkitek nie... Busy dan duit pun banyak habis sedangkan famili aku nie biasa2 je... Abah sebagai imam masjid mukim, ummi pula sekadar tukang masak kantin sekolah rendah je.. Abang aku, Alif Farezuan dah kahwin takde anak lagi bekerja sebagai seorang ustaz di sekolah rendah dekat bandar. Jadi dia tak tinggal dengan kitorang dah... isteri dia pun keje sebagai ustazah dekat sekolah yang sama... Jadi kat rumah aku r yang paling tua yang amat disayangi oleh adik lelaki dan perempuanku... hahaha...


ayahku berada di Masjidil Haram... 

Dalam keluarga aku.. Aku, Alif Farhan anak kedua... Masih bujang... Hehehe.. Pastu dua orang adik aku tu... Abang aku dah kahwin.. Abah pulak kerap kali bawak rombongan pergi umrah dan haji.. Dah memang kerja dia.. Jadi kat rumah tinggal kami berempat... Tak lama lagi aku akan masuk Gombak dah.. Sedih rase nak tinggal ummi dan 2 orang adik aku nie...

--------------------------------------------------------------------------------------

'Ngoh, bilo masuk uia??' tanya ummi masa breakfast...

'ish.. tok sedak r pahnie abe ngoh takdop' ujar Faten...

'paan masuk UIA seminggu lagi.. lmbt lagi r umi... jangan sdey2... lama lagi...' gurauku...

Pagi tu aku ke bandar bersama dengan adik-adik aku.. Sekadar mencari beberapa barang untuk masuk universiti nanti... Ummi hanya tinggal di rumah. Mungkin dia ingin berehat. Banyak barang yang aku beli. Aku pun turut membeli beberapa barang untuk adik-adik aku dan juga ummi. Adalah duit lebih sikit dari abang aku yang sulong. Dia tak boleh nak teman, hanya sekadar dapat memberi sedikit duit belanja untuk meringankan beban ummi.

Selepas selesai membeli barang2 keperluan di universiti, kami pun pulang lah. Seperti biase, aku suruh adik2 aku teman bukan saje2.. untuk jadi orang gaji aku laa... hahhaha... Diorang kena bawak barang2 aku tadi...

"Ish, abe ngoh nie sajo jah suruh oghe ikut... dok segho doh. mesti ad udang di sebalik mee celup.." bebel adik lelaki aku...
'xpo2... naty sapa rumah... faten nk suh dio urut... lteh nie... hahaha..' ujar faten plak...
"aayyyaaa... kata sayang kat abg ngah...' gurau aku...

Dalam pukul 6 petang, kami pun sampai di rumah. Kesian aku tengok budak due orang nie... Letih gamaknye...

"Aloh, siyenyo ko adik duo oghe nie" kata aku..

"eyh xdelaa... hepi jee..." kata adik bongsuku sambil buat muka sindir...

Aku pun cakap " owh hepi ek.... amik niee...'' aku geletek die..

"aarrgghhh.. " die pun lari naik atas rmh trus...

Bila masuk dalam rumah... aku dan adik2 aku dapat bau something yang agak best...

"Ummi masok gapa nie?? " tanya daus...

Kitorang pun terus pergi ke dapur dan tengok ummi tengah memasak.

"Ummi masok gapo nie??" tanya Faten.... "Patutlaa toksey ikut kami pegi beli baghe"

"eyh... ummi masok udang pedas dan daging masok meroh laaa... bestnyooooo"... ujar Daus...

"Ummi masak special sket utk abengah.. sebab abengoh nak masuk UIA doh key.." jawab ummi...

"Ummi, terima kasih".. jawabku.. sayu rasanya...

"Yelah.. naty bilo plop abengoh bleh balik sini... dok jauh2 kat kualo lumpur gak.. susoh doh nak balik... lebih2 lagi kito bukey oghe kayo bleh bli tket bas tiap2 minggu"... tambah Ummi...

"takpo ummi... I'Allah abengah cuba yang terbaik dan minta scholar.. I'Allah akan sene naty".. jawab ku...

Aku lihat ummi megesat air mata... mungkin sayu sebab aku akan pergi sekali lagi pabila sudah sekian lama cuti. Aku pun terus ke bahu ummi dan aku pegang tangannye.. aku letak kepala ku dibahunya yang lebih rendah sedikit dari bahu ku... sebak rasanya...

"takpo Ummi... Jange bersedih... sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar"... balas ku...

Ummi sekadar mengangguk dan mengusap kepala aku... Daus dan Faten turut menghampiri kami berdua dan kami semua pun berpelukan sesama sendiri....



------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti biasa, solat Maghrib aku kena jadi Imam.... Bila waktu solat... selalunya memang kami sekeluarga akan pergi ke masjid... Abah memang menekankan bab2 begini. Aku pun kerap kali ditegur oleh abah sebab lambat2kan pergi ke masjid... hehehe... biase laa... budak hingusan...

Alhamdulillah didikan ummi dan abah cukup untuk kami adik beradik membekalkan diri kami sekiranya kami perlu berjauhan. Moga2 Allah redha dengan didikan dan jasa mereka kepada kami berempat.

Selepas solat... aku dan daus tunggu Ummi dan Faten... Seperti biasa muslimat lambat sedikit keluar dari masjid... Aku dan daus sekadar menunggu sambil bersembang2 kosong sahaja....

"Weyh... cantiknye kereta tu abengah... tngok tu...."

"Wuuyyyoo... Kereto Mercedes kowt... mesti oghe kayo..."




Perbualan aku dan adik aku berhenti seketika pabila aku terdengar ade orang bercakap tidak jauh dari tempat aku dan Daus bercakap...

"Dik, orang kampung nie ke??" tanya seorang yang tidak dikenal kpd adik aku Faten... mereka dok tidak jauh dari kami...

"Ha'ah... saya orang kampung nie..." jawab adik aku....

"Owh... bagus laa awak datang solat kat masjid..." cakap perempuan yang tak dikenali itu kat Faten...

"Eyh xdelaa.. saya nie datang sekali ng ummi dan abg2 je... kalau sorang2.. susah r sket... heee..."

"Owh.. satu famili ke dtg msjid nie... bgus famili awk..."

"hehehe... xde bagus2nye... dah abang saya tu kena jadi imam.. jd kami kena datanglah... hehe" ujar Faten sambil tersengih2...

"Owh itu abang awk... y jd imam tu??'

"Yeap".. jwb adikku pendek...

"Owh... best jugak die bace td kan..."

Belum sempat adik aku jawab... aku pun balas...

"Terima kasih...." terkejut perempuan itu....

"Ya Rabbi... terkejut sa... eyh Imam... sori mengumpat sket... nie ke abg awk??" smbil pandang kat Faten...

"Yup..."

"Owh... maaf.. saya tak perasan imam dok kat belakang td..."

Belum sempat aku menjawab... Daus pun mencelah....

"Takyah mintak maaf... imam nie bukan bagus sangat pun..." tergelak perempuan itu seketika... Daus dan Faten pun turut tergelak... Aku tarik telinga adik aku... sekadar bergurau...



Walaupun sekejap... kami berempat bersembanglah serba sedikit... hehehe...

"Maaf.. ibu saya dah memanggil... saya terpaksa pergi dulu..."

"Owh silakan... jumpa lagi..." jawabku... "sekejap.. awk bukan org sini kan?? jadi awk buat ap kat Kelantan nie??'

"Owh... saya orang selangor... balik jenguk nenek kat kampung... Sebab naty dah nak masuk universiti.. jadi bimbang taklek jumpa dah naty... ok lah saya pergi dulu..."

Rupa-rupanya kereta Mercedes yang kami lihat tadi adalah milik keluarga perempuan itu tadi... Mereka beredar... sebelum mereka keluar dari pintu pagar masjid tersebut, perempuan tadi membuka tingkap dan melambaikan kepada kami...

"Eyh2... dia lambai kat Daus laah.." cakap Daus dgn nada bergurau...

Aku pun trut melihatnya...

"abengah.. tndukkan pndanganmu..." gurau Faten...

------------------------------------------------------------------------------------------------

"Nanti belajar bersungguh-sungguh..." nasihat Ummi kepadaku...

Hari ini aku akan berangkat ke Kuala Lumpur dengan abang dan kakak iparku... ummi, Daus dan Faten tak dapat pergi sekali sebab bukan waktu cuti... Ummi kena memasak di kantin sekolah dan Daus dan Faten pula kena ke sekolah....

"Naty abengoh balik kapung deyh... jange lupo kami di kapung nie"... kata Faten....

Lepas bersalam dengan ummi dan adik2ku... Aku pun dengan berat hati mengangkat beg dan memasuki kereta abang aku... Dapat ku lihat mereka menangis... Agak sayu... perkara yang sukar bagi aku adalah untuk berpisah dengan keluarga aku... Moga-moga Allah melindungi mereka...

Maka beredarlah aku dari perkarangan rumah ku... Semasa di dalam kereta... abang ku memberi handphonenye ke arah ku.. dan die ckp.." Abah nak cakap.."

Aku terkejut... sebab Abah sanggup telefon dari luar negara....

Dalam perbualan tersebut... ayah aku ada menasihati...

"Maaf.. abah tak dapat nak pergi hantar masuk u... sebab abah dok kat sini... apa2 pun abah selalu berdoa yang terbaik untuk abengah... Ingat... Jaga Quran yang abengah hafal tu... tak berbaloi untuk mngejar dunia dan dalam masa yang sama kehilangan bekalan yang dah ada untuk ke hari akhirat... Belajar betul2... Abah bangga dengan abengah sebab dapat menjadi contoh kepada adik2 dan mungkin kpd para huffaz naty"

kata2 abah agak bermakna buatku.... Maka aku tekadkan di dalam hati ku...



"Ya Allah.. sesungguhnya... semua yang aku buat... adalah untukMu... hanya untukMU.....

*bersambung....
----------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sedikit Bebelan....

Bismillah...
Assalamualaikum...
Selamat Datang ke Dunia Ilusiku.. 'Warkah Ilusi'...

Apa khabar semua??
Aku buat blog nie mmg utk korang bace...
Jadi kalau korang nak bace...
Bace je la... Hahahaha....

Sorry sebab lama tak update...
Yang rindu kat aku tu...
Aku pun rindu korang.... Hahaha...

Lastly....
Kalau ade yang korang rase berguna dlm blog nie....
Gunalah.... dan sebarkanlah.....
Aku nie insan biase.... yang byk (giler) dosa.....
Aku tak layak jd pendakwah macam kawan2 aku....
Nie je yang aku mampu.....
dan kalau aku ade salah.... komen je....
xdelah aku nak p sepak korang plak kan.....
Nak amik ape2....
cakap kat aku dulu....
sbb takut aku plak ada masalah nanti....
Sume bnda dlm nie adalah hak milik keRAJAan 'warkah ilusi'...

SElaMat BerIlUsi......
dalam 'warkah ilusi'....
moga2 dr diskusi....
mendpat konklusi.....
jdkan ia sbg inspirasi....
d dunia dan ukhrawi....


~= cciiikkuuuu ccaaaak =~ huhuhu....

next please........

Related Posts with Thumbnails