Jumaat, 30 April 2010

Sejarah y ki@n dlupakn... -2-

jom sambunggggg........

ok... hr tu aku citer sket pasal kashmir kan... pasal sjarah2 kashmir... Kali nie plak.. aku nk share r ng korg... serba sdikit hasil dr pencarian n bacaan aku... pasal 'tragedi hitam d kashmir'... tp b4 masuk dlm citer y aku nk share ng korg... aku nk bgtau sket kan... Sbelum British nk tgglkan Asia tengah d sbbkan maslah kat ngare diorg... British tlah mmasukkan unsur2 sekular dlm masyarkat Islam Kashmir... sbb tu kalau tgk pratus Islam kat Kashmir sbyk 87 %.. tp knape diorg xkuat... sbb ade stengah da xnk sgt kat Islam nie.. just Islam gitu2 je... Aku prnah ckp kat korg kan aku ade sorg kwn dr Kashmir... aku bkn nk kate kat die... tp nielah realiti hdup die... die xpandai bace Al-Quran... even die lbey tue dr aku... huhuhuhu... Dahla die xpandai... pastu die mcm suke + riak + bgga die tu xpandai bc Quran kat aku n kawn2 aku... Aduhai... Siap die suke + mlawak ag... Lpas je kjadian tu... aku trus anti bdak tu... huhuhu... Bkan nk berskap negatif... tp xsuke prangai die tu... mcm mrendah2 kan islam lak... Pastu... aku pn terfikir r... adekah ini y berlaku kpd negara2 Islam y lain... Di Bosnia... org Islam d bunuh camtu... pastu snyap je.... Aku cume berfikir lah... x mgaggap bgitu... sbb aku xde kat ngare tu...


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda;
'Hampir tiba suatu mase di mane bangsa2 dr sluruh dunie akn mgerumuni kamu
bagaikan org2 y hndak makn mgerumuni talam hidangan mereka'
Maka salah seorg sahabt bertny;
'apakah kerana kami pd mase itu sdikit??'
Nabi mnjawab;
'Bahkan kamu byk skali pd hari itu ttapi kamu umpama buih di waktu banjir'
'Dan Allah akn m'cabut rase gerun t'hdp kamu dr hati musuh2 kamu, dan Allah akn m'campakkan ke dlm hati kamu penyakit "wahan"....'
Seorg shabt bertny;
'apakah "wahan" itu wahai Rasulullah??'
Nabi lalu mnjawab;
'Cinta dunia & takut mati' -hadith riwayat Abu Daud....


Hari Hitam di Lembah Kashmir...

kashmir's flag....

Tanggal 27 Oktober 1947 merupakan detik hitam dalam sejarah wilayah Kashmir

apabila lebih 300,000 penduduk Islam menjadi korban dalam tempoh dua bulan

setelah tentera India menakluk wilayah Jammu dan Kashmir.

Kerajaan India telah mencabul Akta Kemerdekaan India dan Rancangan Pemisahan tahun 1947 dengan menghantar tentera untuk menakluk wilayah tersebut.

Mengikut Akta Kemerdekaan India dan Rancangan Pemisahan yang diluluskan oleh Parlimen Britain pada 18 Julai 1947, kerajaan Britain telah memutuskan bahawa India sebagai negara jajahannya perlu dibahagikan kepada dua.

Kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Hindu akan membentuk negara India,

manakala kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Islam di wilayah barat dan Bengal timur akan dimasukkan di bawah negara baru Pakistan.

Kashmir yang mempunyai majoriti penduduk Islam hampir 87 peratus mempunyai

tendensi untuk menyertai Pakistan, tetapi atas perancangan pemimpin Hindu dan Kongres Kebangsaan India menyebabkan impian penduduk Kashmir untuk menyertai Pakistan berkecai.


ini xadil... siput punye india...


Satu dokumen kontroversi berhubung hak pemilikan ke atas Kashmir yang dirangka di Delhi dan dibentangkan kepada Maharaja Hari Singh, yang merupakan pemerintah negeri Jammu dan Kashmir pada masa itu, tidak dapat dibuktikan, sama ada Maharaja itu telah menandatangani dokumen tersebut seperti yang didakwa oleh India.

Kerajaan India tidak pernah mendedahkan secara terbuka kepada umum dan secara rasmi tentang dokumen tersebut di mana-mana forum antarabangsa, kecuali dalam bentuk gambar salinan asal perjanjian berkenaan yang disiarkan melalui laman web rasmi kerajaan India.

Kerajaan India mendakwa Maharaja Hari Singh telah menandatangani dokumen

penyerahan wilayah itu kepada India pada 26 Oktober 1947.


hensem xaku??? huhu... sempat ag!!!


Penduduk Kashmir tidak menerima pendudukan haram India sejak hari pertama

pemberontakan bersenjata yang disokong dengan kebangkitan rakyat pada tahun

1947.

Pada 1 Januari 1948, setelah kekalahan tenteranya, India merujuk masalah

tersebut kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan bantuan. Majlis Keselamatan PBB kemudian telah meluluskan resolusi menetapkan bahawa penaklukan dan pendudukan India ke atas Kashmir adalah tidak sah.

Badan dunia itu telah meluluskan dua resolusi, satu pada 13 Ogos 1948 dan satu lagi pada 5 Januari 1949 yang diterima oleh Pakistan dan India. Melalui kedua-dua resolusi tersebut PBB meluluskan gencatan senjata, menetapkan garisan gencatan senjata (LOC), mengisytihar wilayah itu sebagai bebas tentera dan pungutan suara dengan pengawasan PBB.

Walaupun satu fasa daripada resolusi tersebut (gencatan senjata) telah

dilaksanakan, namun langkah membebaskan wilayah tersebut daripada kuasa tentera dan mengadakan pungutan suara yang bebas di bawah pengawasan PBB masih tidak dilaksanakan sampai ke hari ini.


kesiannyeee.... sdey raseeee...


Pada 18 Julai 1949, Pakistan dan India menandatangani Perjanjian Karachi bagi mewujudkan Garisan Kawalan (LOC) dengan diawasi oleh pemerhati daripada PBB.

Berikutan persempadanan semula itu, kawasan seluas kira-kira 141,338 kilometer persegi meliputi negeri Jammu dan Kashmir kekal di bawah India, manakala kawasan seluas 85,846 kilometer persegi meliputi kawasan Azad Jammu dan Kashmir, yang dikenali sebagai Azad Kashmir berada di bawah kawalan Pakistan.



Membisu


Satu perkara yang nyata mengenai konflik Kashmir ialah India sendiri telah

membawa isu pertikaian ke atas Kashmir itu kepada PBB dan gencatan senjata

telah dikuatkuasakan, tetapi selepas itu India gagal mematuhi semua janji yang dibuatnya berhubung penyelesaian konflik tersebut serta memberi hak kepada penduduk Kashmir untuk menentukan masa depan mereka.


cukup r bunuh org Islam....


Penduduk Kashmir di wilayah yang diduduki India, yang kecewa dengan kegagalan segala usaha secara aman bagi menyelesaikan konflik Kashmir, telah bangkit melancarkan pemberontakan secara besar-besaran pada 1989 bagi mendesak pihak berkuasa India memberi hak kepada mereka untuk menentukan masa depan mereka.

Pemberontakan itu telah mendapat sokongan hebat daripada penduduk Kashmir. Ini mendorong Perdana Menteri India pada masa itu, Atal Bihari Vajpayee mengadakan rundingan dengan Presiden Pakistan pada masa itu, Jen (B) Pervez Musharraf pada 6 Januari, 2004.

Rundingan antara kedua-dua negara itu diteruskan sehingga zaman pemerintahan Perdana Menteri Manmohan Singh pada 2004 dan masih diteruskan sampai hari ini.

Malangnya, ketika Pakistan bersikap fleksibel dalam proses dialog itu, tindakan keganasan dan kekejaman oleh tentera India terus menjadi halangan utama dalam usaha mencari penyelesaian kepada krisis Kashmir.


demonstrasi....

'betul tu'... peace without justice is no peace.....


India juga bersikap `membisu' kepada cadangan Pakistan supaya menjadikan

Kashmir kawasan bebas tentera, membenarkan penduduk Kashmir membentuk kerajaan sendiri dan mewujudkan pengurusan bersama bagi menyelesaikan konflik Kashmir.

Tentera India dikatakan terus mencabul hak asasi penduduk Kashmir dan

kehilangan beribu-ribu penduduk Kashmir dan mereka yang hilang dalam tahanan masih tidak diketahui.

Pertubuhan hak asasi antarabangsa termasuk Amnesty International, Human Rights Watch dan Asia Watch dalam laporan-laporan mereka telah melahirkan kebimbangan terhadap pencabulan hak asasi di wilayah yang diduduki India, namun pihak berkuasa India tidak mempedulikan semua bantahan tersebut.

Parlimen Kesatuan Eropah pada sesi pleno di Strasbourg pada 10 Julai, 2008 lalu juga sebulat suara meluluskan usul tergempar menggesa kerajaan India segera melancarkan penyiasatan yang bebas terhadap penemuan apa yang disyaki sebagai kubur-kubur besar di wilayah yang diduduki India.

keratan akhbar tentang kezaliman tentera India....


Resolusi yang diluluskan oleh Parlimen Kesatuan Eropah itu menyatakan bahawa beratus-ratus kubur yang tidak dikenal pasti telah ditemui sejak 2006 di Jammu dan Kashmir dan sekurang-kurangnya 940 mayat dilaporkan telah ditemui di 18 kampung di daerah Uri sahaja.

Resolusi itu juga mendedahkan bahawa tapak-tapak kubur besar itu dipercayai

mengandungi mayat-mayat mangsa pembunuhan, mereka yang hilang dan mangsa

penderaan serta penyiksaan semasa konflik bersenjata yang tercetus di Jammu dan Kashmir sejak 1989.

wilayah kashmir.... menjadi hak negara bkn Islam.....


Demonstrasi terbaru secara besar-besaran anti-India diadakan sebagai referendum penduduk Kashmir terhadap pendudukan tentera India di tanah air mereka.

Beberapa pemimpin pejuang kemerdekaan termasuk Shabbir Ahmed Shah, Aasia

Andrabi, Muhammad Ashraf Sehrai, Masarat Alam Butt dan Ayaz Akbar juga telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Awam oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan mereka mempengaruhi rakyat.



to be continued.............


jumpe ag dude.....



Khamis, 29 April 2010

Kelas Pertama....

akhirnyeeeeeeeeee!!!!!!!!

wiwiwi... da hbs taaruf... jd mgggu nie adlh mggu start blaja.... Jd.. spt biaselah... mggu pertama nie... sume jd kanak2 riang r.... Alhamdulillah.. aku ok je... xde sbarang kesulitan.. sbb sume pndaftarn da setle... Pmbayarn sume pn da setle... jd utk kawn2 aku kn... aku nk bgtau sket... kalau xnk ade problm sgt kat sini... setlekn sgalanye b4 start blaja... maksd aku b4 masuk uia... jd buat keje awal2.. jgn last minute... Naty jd mcm kawn2 aku... sian plak kat diorg.. Ade mslah kat snie r.. tbe2 class xde la... n satu ag... slalu tny senior... sbb kte xtau ag situasi kat gombak (main camp) nie... Kat sinie... serius... mmg kna jd pandai... haaa.. kna jd pandai... sape lmbat... malas... manja... maka kte akn dtggalkn oleh org... kat snie mmg da universiti sbena2nye... Xpndai bwk dri... maka terssat r... Jd... konklusinye... berfikirlah scare dewasa... kte nie da tue... tggl2 lah zaman cute2 kte tue... hahahah... Be an adult..... k..

jdlah org dewasa... ckup2la cute2 tue... hehehehe...

Ok... Aku nie terpikir... bes jgak masuk short sem... berbaloi r xdpt join bnd lain... Alhamdulillah.... pastu aku pn pk.. nk jgak share ng kawn2 aku kn... yg xleh masuk s sem sbb xbley masuk... ade y xmsk sbb ade maslh... ade y xde duit.. ade y lmbt aplly tbe2 da pnuh... huhuhu... xpe2... walaupn korg xde pgalamn di s sem ataupn 'freshie time short sem'.. hahahhaha... adib y baik hati nie akn citer kat korg... hahahha... korg jgn sdey r.... k... jgn nangis2... hahahha... ok2....

jgn nangis k.... huhuhuhu.... saye nk gurau je.... tbe2 terbnuh adik awk tad.. hehehhe...

Sbenanye rase mcm xnk citer.... sbb mesti r byk y berlaku dlm klas kn... tp aku pilih r... mane y dpt ditonton scare umum oleh korg.... hahhaha... korg kan bawah umur ag... hehehhe... Ok... Sem nie... aku amik 3 subjek... 2 subjek da berjln da... 1 subjek x on lg... sbb lectrr die bercuti d negara die... lctrr tu foreigner... hehehhe... Ok... 3 subjek tu... 1st, land surveyng... di ajar oleh cikgu y spotting gile thap dewa y pagkat doktor falsafah.... hahahaha... name die... samsudin jaafar... 2nd, bm... y diajar oleh Pn. Roslimna... y mane ckgu nie.... lagi r... hahahha... mmg klakar... susah nk jmpe org pempuan y klaka n dlm mase same profesional.... slalunye prmpuan nie... kalau profesional.. mesti skema... serius... hehehhe... Pastu 3rd... Quran Sunnah 4 built environment... hahaha... lcterr die foreigner... xtau asl dr mane sbb die on leave skrang nie... tp y bes nye... org ckp die nie muke mcm david beckham... tp die bkn org yahudi r.. die 'beckham' y Islam pny....(jap2.. korg tau ke david beckam tu yahudi?? xtau eyh?? ok naty aku kuarkn artikel y die sbenanye seorg yahudi...)... die nie amat tgas dr segi mase.... aku xtau ag btul ke x senior aku ckp... pape pn... naty aku update... hehehehhe....

haha... korg bwah umur ag... xleh citer lbey2... hehehhe...

Ok... aku nk citer sket pasal 1st class aku... yakni ng prof samsudin... land surveying... Sbelum mask klas nie... mmg senior da ckp... die nie mmg sempoi giler r... tp bla aku masuk klas die kn... Die mcm serius smacm je... mmg xde pn mlawak2 nie.... Pastu.. bla die introduce dri die... pastu fb die ape.. email die la... apela sume... die pn bg tazkirah.... Mase tu sume bdak dlm klas syap je... maybe sume jd mcm aku kot.... 'takuttttt...'.. hahahha.... Pastu die pn bg tazkirah... HAAA... time tazkirah niela.... tbe die jd mcm badut lak... hahahaha..... Pastu die pn ckp... 'sbenanye saye nie mcm nie r (suke mlawak)... tp biase r.. 1st impression kna serius'... hahahaha... ade jgak eyh mcm tu.... pastu mmg die nie... mlawak kn... Ya Allah... xkering gusi dbuatnye... ade sorg bdak pempuan tu... name die... radhiah... Pastu die tny... 'org pggl awk ape??'.. pastu pempuan tu pn jwb 'radhi...'.. pastu cikgu tu pggl die 'radhi oag'... hahahha... xpasl2... pastu da lame2... die pn pggl OAG je... hahhaha....

oag... oooo... oag... sdap je pggl org... hehehehe...

Mase klas 1st.... die byk bg tazkirah n citer... aku rase 2 jam klas die tu.... stengah jam je die mgajar... y lbey tu... berjnake r... hahahaha... Mmg bes dok dlm klas die mggu nie... Aku mmg xmgantuk lgsg dok dlm klas die... Pastu die nie mlawak... mmg mcm mlawak ng kawan r.... Die byk bg tazkirah... mase 1st klas tu... die byk ckp pasl mati syahid.. pasal gym... owh... br aku tau... die ckpkan... sbenanye kalau kte tgk model2 tu kan... y laki r... bdn diorg kn ripped2... Lcterr aku nie ckp sbenanye die cucuk bnd... Pastu bnd tu bkn mahal sgt... skadar area2 10, 20 rggt je... sbb tu r bdg diorg tough... Pastu lcctrr aku nasht jgn sesekali amik bnd tu... sbb lpas amik... kte akn sakit buah pggg... Buah pinggag akn rosak... kalau artist n model2 tuh.. diorg byk duit... so diorg boleh tggg kos rawatan buah pinggang tiap2 mggu.. tp kte nie??? ade duit ke?? so.. apa2 pn... nak sesuatu bnd kat dunie nie... xde jln mudah... kna usaha kuat2....

kalau hensem... tp sakit buah pggg... xde gune r kehidupan nie...

Haaaa... tu r serba sdikit y aku igt mase klas 1st die... Pastu dlm klas kedua dlm mggu nie... aku p klas lmbt 5 mnt... sbb motor pancit... huhuhuhu... jd sbelum klas tu... abg aku dtg repair... Tq 4 my abg lang... kalau xde die... mmg aku xtau nk wat camne... n maybe aku p klas jln kaki... n lambt stengah jam.... huhuhuhu... Tq again... Mase aku msk... die br je msuk... tgh edar2 kerts latihan... Tp.. die ok je... sbb dlm 1st klas... die da ckp... die xksah pn pasl attendand... hehehehhe.... tp kte sbg plaja xleh r amik kesmpatan kan... mcm aku nie ade mslh... xpe... hehehhhe.. (nak jgak...)... ok... Dlm klas nie byk die citer... Antra y mnarik kn... die citer pasal kaya... Die ckp... dlm dunie arktek... Org y plg kaye adelah 'land surveyor'... tp bkn y thp2 low r... y da pgkt tggi... aku lupe gelaran die... Die ckp... kat Malaysia nie... hny 200 org je pgg jawatn tu... Pastu... keje die adelah mluluskn tanah tu... pastu die ckp... skali sign... plg low byr... sribu rggt... giler r... pastu kat malaysia nie... org wat rmah bknnye sorg due... brjuta2 r... lbey2 ag rumah mcm flat atau kondo... FUISH.. kaye kot bdg y ktorg blaja nie... Huhuhu.. aku pn da jd gile duit kjap.. hahahha.... tp spt y aku ckpkan tadi... dlm hdup... nk berjya xde short-cut... kalau ade pn.. kjap je.. xberkekalan.... btul x??

tu dio... aku tgh mgetest... hahahha.. mane lbey mahal?? muke aku ke.. kamera tu??? huhuhuhu...

Pastu... die citer pasal hantu... hehhehee... mase die citer hantu... dgn tdak sgaja... die masuk topik pasl bnd kurus (hantu r).. pastu tbe2 die trigt y kay uia nie pernah seorg pempuan nk kna rogol dgn org y kurus... tp org kurus tu smpat lari... (nie org kurus y bkn hantu... org real).. die ckp kat bdak2 pempuan dlm klas aku... 'Sister2 nie... kna jg2... sbb da ade kes org pempuan nk kna rogol... pastu org dtg.. die smpat lari...'.. Jd aku nak pxan kat snie... pempuan2 kat malaysia nie... especially y baik2 n bertdung.. n solehah... jgn sesekali jln sorg2... bahaye... kalau due org pn jgn... Ajak satu roomate ke.. pastu kalau lalu tmpat2 gelap... atau nmpak org xbrape kna knal n lain mcm je... call org.. buat ckp2 kosg... pastu kalau r ade pape... trus boleh mnjerit kat phone tu... jd at least kwn kte tau situasi kte n I'Allah bleh tlg...

IGT tu... barhati-hati kat dunie skrang nie....

Igt tu... jgn jd mcm kat Jepun... prempuan kna rogol mcm tu je... Aku prnah ckp ng kawn2 aku... diorg ckp kwn2 die y kat jpun ckp... dlm train pn diorg boleh pakat nk rogol sorg pempuan... even dlm tu ade org baik.... Haaaa... igt tu... walaupn Jepun tu maju... tp tgk maruah prempuan d sisi masyarkt... HINE.... Pastu cba tgk usa plak... ngare nie lg r... Tiap2 hr dlm paper... at least 3 kes rogol n bnuh.. tu at least... Pastu... polis diorg pn same je jht nye ng org jaht... Jd.. bersyukr r kte mnjd org Malaysia... Negara kte nie mmg lain... Lain dr indon... afghanistan... n stengah ngara Islam y lain... dulu aku pernah blaja... kat afghanistan... anak pempuan xde hak nk kluar rmah... even hak terhdp dri sdr... diorg dijual mcm tu je oleh bapak kpd org llaki... Pastu... bla da kawin.. mmg terputus trus hbgan pempuan tu ng kluarge asal die.... WUISH.. dahsyat.... Jd... kerana Islam kte mulia... dan apabila Islam itu dtggalkn... make kte mnjg hine... Na'uzubillah....

'jagelah Allah.. make Allah akn mnjg kamu'- hadith shahih...

wanita adalh perhiasan dunia.... hargailah merekaa.....

Pastu... ckp pasl rogol kn... Lcttr aku nie citer r... die ade knal org y masuk pnjra sbb mmbunuh org.... tp xcukup evident... jd penjara 8 thn... Pastu die tny r org tu.... 'kau masuk pnjara xtakut kna buli ng org ke??'.. Pastu kwn die ckp... 'aku msk pnjara sbb aku bnuh org... jd sape branie nk kacau aku... ahhahahha...'.. btul gak kn??.. pastu kawn die citer kat die... kalau korg nak tau... kat penjra... org y plg giler kna blasah dlm pnjra adalah.... sape tau.... perogol... lbey2 lg progol y rogol bdak bwh umur.... die ckp.. kalau da tau kna tgkap sbb rogol org... baik bnuh diri r... knape tau... die ckp.. kat sane.. progol nie... tiap2 mlm kna liwat ng org... pastu.. org2 y bunuh org atau samsng nie pkul.. giler2... smpai ade sorg tu... nk p mandi.. mrangkak korg tau... muke berdarah2... jd... moral nye... tue baru atas dunie... akhirat??? Jd.. knape banduan2 tu pkul... die ckp.. sbb diorg xnk org nie rogol ank2 atau cucu2 die plak... Jd... spt y pernah aku ckp sbelum nie... bla kte nak wat sesuatu... kalau kte xnk bnd tu terjd kat famili kte.... jgn buat... Islam is simple...Islam is the way of Islam... btul kn??

so... jadilah org baik... xmmbenci... n dibenci... amaaaannnn hidup...

Ok.. tu r serba sdikit bnd y aku bleh share.... naty aku citer pasal klas bm aku lak... nie lagi r.... huhuhuhuhu... malu aku... dahla dlm klas tu aku sorg je bdak llaki... tmbah plak aku sorg je freshie... hahahaha... sume bdak prempuan tu senior2 daaaaa..... hehehehe.... ok... gua chow dulu...

jgn sdey... hehehe... see u around... wiwiwi...

Rabu, 28 April 2010

Realiti y kian d lupAk@n...

sejarah y perlu di ingati kembali.......

Huhu... Aku da citer kat korg sket kn pasal 1st day aku... tp kali nie aku nk citer pasal bnd y berlaku time 2nd day... tp bkn sume... y sume aku akn citer naty next time... aku nak citer mase pemilihan oath leader... Mase mlm kedua kat sinie... Komiti mgumumkan snarai name 'short list' untk baiah (oath) leader... Mase tu die pggl... 7 laki.. n 7 pempuan... spt y aku da citer kat korg... Pastu... sume pempuan adalh Malaysian... termasuk 2 org y hebat tuh... Azrin n zahra... Bdak pempuan nie... sume hbat2... 7, 7 tu sume ade style sdr bc oath... Tp.. bg laki.. hny 2 org je dr 7 org tu org Malaysian... aku n rahman... bdak ict... Pastu.. 3 org bdak bangla... n 2 org dr india...

siape y terpilih???

Aku xnk citer pasal oath lg... cume.. mase ktorg 14 org berkmpl... tba2.. adalah tmbul pasal isu kashmir.. mmndangkan ade sorg tu... bdak india... die berasal dr kashmir... Kulit die pn putih... Mule2 aku tgk die... aku igtkan die bdak norway ke... sweden ke... hehehhe... Rupe2nye dr kashmir... Die ok je... tp bla lame2 kan.. bla sorg bdak bangla tu ckp ng die... si kashmiri tu mcm naik angin... Pastu bla bdak pempuan tny pasl kashmir... die jwb dgn baik... tp ayat y die gune tu mcm pedih smacam je.. Pastu.. aku cube nk tny knapakn... si bangla n si kashmir tu mcm x masuk je... Pastu rahman bg signal kat aku buat dono je... pastu rahman ckp kat aku..org kashmir mmg xske bla org ckp bnd2 y xbrape btul pasl kashmir... Die ckp... mcm org indon n malaysia r... kn kdg2 ade je bnd y xkena even sbelah n gune bhs y hmpr same... hehehhe... Pastu aku tny zahra... zahra ckp r diorg (bangla, india, kashmir n pakistan) nie mcm xmasuk same2 diorg... maybe ade r isu politik tu...

haaa!!! gaduh2.... hikhik...

Pastu pasal bnd nie... lpas je aku dpt access wifi uia nie... aku trus cari pasal isu kashmir.... Aku prnah jgak tgk video2 pasal isu2 kashmir... tp aku xsgka plak... ape y aku jmpe nie... adalh situasi kashmir skrang... naty kat bwh aku bg artikel pasal kashmir... tp mmg terkjut korg tau... sbb isu kashmir nie mnunjukkn btapa jahat nye org2 india (aku ckp Indian y kat india tu... bkn Indian Malaysian)... Diorg mmbunuh org Islam kat kashmir mcm org Israel bnuh org2 palestin... Pastu... Mase british tgglkn india, pakistan n kashmir.. Kashmir mahukan kemerdekaan.. tp d sebbkan dirg xbrape pndai mntadbr... make diorg kna pilih... nak dok bwh india or pakistan... Mmndgkan 83% org kashmir adalh muslim... Diorg mtak nk masuk dok bwh Pakistan... Pd mule nye... bnd nie mcm ok... tp tba2 India myerg Kashmir... rupe2nye... india xnk lpas kashmir tu... dan berjuta2 fitnah d lemparkn kpd Pakistan... ckp pakistan tolg kashmir r... ckp pakistan lggr janji r... n byk lagi fitnah y dlemparkn kpd Pakistan... Ok.. kat sini.. aku nk citer sket kat korg... sejarah kashmir... y aku amik dr sumber y boleh dpercayai...

kashmir....

Sejarah Lembah Kashmir....

Kashmir merupakan sebuah wilayah kecil terletak di barat laut benua kecil

India. Kashmir merujuk kepada lembah yang terletak antara Banjaran Himalaya dan

Banjaran Pir Panjal di kawasan paling utara negara India.

Lembah ini berasal dari sebuah lembah 'air'. Perkataan 'Ka' membawa maksud

'air', manakala perkataan 'Shimir' membawa maksud "yang dikeringkan''. Maka,

Kashmir membawa maksud 'lembah yang dikeringkan airnya'.

Terdapat juga teori yang menyatakan lembah Kashmir ini berasal dari Tasik

Satisar yang telah dikeringkan airnya.

Pada masa ini, Kashmir terbahagi kepada:

lJammu dan Kashmir yang ditadbir oleh India, meliputi lembah Kashmir serta

Jammu dan Ladakh.

lKawasan-kawasan Utara (Northern Areas) dan Azad Kashmir yang ditadbir oleh

Pakistan, dan;

lRantau Aksai Chin dan Laluan Trans-Karakoram yang ditadbir oleh China.

Walaupun, kawasan-kawasan tersebut dikuasai oleh ketiga-tiga negara terbabit,

tetapi India mahupun Pakistan tidak pernah mengiktiraf pemilikan antara satu

sama lain ke atas kawasan- kawasan yang menjadi pertikaian.

India mendakwa kawasan-kawasan, termasuk kawasan yang diserahkan oleh Pakistan

kepada China iaitu Laluan Trans-Karakoram pada tahun 1963, adalah sebahagian

daripada wilayahnya, manakala Pakistan pula menuntut keseluruhan kawasan

Kashmir kecuali Aksai Chin dan Laluan Trans-Karakoram.

Pada zaman dahulu, Kashmir menjadi pusat penting bagi agama Hindu diikuti agama

Buddha, sebelum lahir ajaran Kashmir Shaivism di abad kesembilan.

Pada tahun 1349, Shah Mirza, menjadi pemerintah Islam pertama di Kashmir dan

memulakan susur-galur pemerintahan Salatin-i-Kashmir.

Sejak itu, selama lima abad Kashmir diperintah oleh kerajaan monarki Islam,

termasuk kerajaan Mogul, yang memerintah sehingga tahun 1751, diikuti kerajaan

Afghan Durranis, yang memerintah sehingga tahun 1820, sebelum ditawan oleh

kerajaan Sikh di bawah Ranjit Singh.


king's crown.....


Pada tahun 1846, selepas membeli wilayah ini daripada British di bawah

Perjanjian Amritsar, kerajaan Dogra di bawah Gulab Singh, menjadi pemerintah

Kashmir yang baru. Pemerintahan Dogra yang menjadi wakil kepada Raja Britain,

tamat pada tahun 1947, apabila negeri bangsawan ini kemudian menjadi wilayah

yang bergolak dan ditadbir oleh tiga negara: India, Pakistan, dan China.


sape lbey kuat???


Sejarah Awal

Maharaja Mauryan, Ashoka dikatakan merupakan orang yang bertanggungjawab

membuka bandar Srinagar, yang kini merupakan ibu negeri Jammu dan Kashmir. Pada

masa itu, Kashmir merupakan pusat pendidikan bagi agama Buddha.

Berikutan berkembangnya pemerintahan Islam mulai tahun 1349, Islam menjadi

agama dominan di Kashmir. Pada masa itu, penganut agama Islam dan Hindu di

Kashmir hidup secara harmoni, memandangkan cara hidup sufi di Kashmir yang

diamalkan dalam ajaran Islam melengkapi tradisi Rishi yang diamalkan oleh

Pendita-Pendita Kashmir.


Kashmir's view... so beautiful... Subhanallah....


Bagaimanapun, setelah beberapa lama kerajaan Sufi memerintah Kashmir, ia

digantikan dengan kerajaan monarki Islam apabila Akbar Khan menakluk Kashmir

pada 1588.

Menjelang awal abad ke-19, lembah Kashmir telah melalui beberapa pemerintahan,

didahului dengan Empayar Durrani di Afghanistan, dan kemudian di bawah

pemerintahan Islam Mogul dan Afghan selama empat abad, sehingga kepada

penaklukan oleh tentera Sikh pada awal abad ke-16.

Selepas berlaku pemberontakan India pada tahun 1857, apabila Kashmir menyokong

British, negeri Kashmir kemudian diletakkan di bawah naungan Raja British.

Maharaja Hari Singh, yang menaiki takhta Kashmir pada tahun 1925 telah

memerintah Kashmir sehinggalah kerajaan monarki Sikh itu dijadikan sebagai

sebahagian daripada jajahan British sehingga tahun 1947 sebelum terjebak dengan

pergolakan selepas Pemisahan Jajahan British India yang membawa pembentukan dua

negara iaitu India dan Pakistan.

Selepas pembentukan negara Pakistan yang terpisah daripada India, kedua-dua

negara India dan Pakistan telah bersetuju supaya pemerintah Kashmir diberi hak,

sama ada mahu menyertai Pakistan atau India. Naungan British di Kashmir

berakhir pada 14 Ogos, 1947.


cantik giler........


Ekonomi

Pelancongan merupakan salah satu daripada sumber pendapatan utama penduduk

Kashmir.

Skardu di Kawasan Utara, merupakan tapak pendaki-pendaki gunung berlepas untuk

ekspedisi pendakian di Karakorams. Ekonomi Kashmir tertumpu kepada kegiatan

pertanian. Tanaman utama penduduk Kashmir adalah padi yang merupakan makanan

ruji penduduk Kashmir.


tatkala salji.......


Kashmir sejak zaman silam terkenal sebagai pengeluar bulu kambing Cashmere yang

dieksport ke seluruh dunia. Kashmir juga terkenal sebagai pengeluar barangan

kraftangan seperti selendang, permaidani sutera, permaidani tebal dan tembikar.

Srinagar pula dikenali sebagai pusat barangan perak, gam, ukiran kayu dan

tenunan sutera.


ekonomi = pitih (duit).....


Ekonomi Kashmir terjejas teruk pada tahun 2005 apabila berlaku gempa bumi besar

pada 8 Oktober, 2005, yang mengakibatkan lebih 70,000 orang mati di kawasan

yang dikuasai oleh Pakistan manakala 1,500 lagi mati di kawasan Kashmir yang

dikuasai India.


bandar rawalakot, Kashmir....


Pada abad ke-19, Kashmir terkenal sebagai pusat pelancongan kerana cuacanya

yang sejuk.

Selain Srinagar, bandar Rawalakot adalah satu lagi kawasan yang popular di

Kashmir.


Itulah serba sdikit... untuk intro... bg realiti dunia islam y dlupakan... Naty aku akn citer ag... dtik hitam d bumi kashmir... ok... gua chow dulu... ade klas jap ag....


see u then....

Sedikit Bebelan....

Bismillah...
Assalamualaikum...
Selamat Datang ke Dunia Ilusiku.. 'Warkah Ilusi'...

Apa khabar semua??
Aku buat blog nie mmg utk korang bace...
Jadi kalau korang nak bace...
Bace je la... Hahahaha....

Sorry sebab lama tak update...
Yang rindu kat aku tu...
Aku pun rindu korang.... Hahaha...

Lastly....
Kalau ade yang korang rase berguna dlm blog nie....
Gunalah.... dan sebarkanlah.....
Aku nie insan biase.... yang byk (giler) dosa.....
Aku tak layak jd pendakwah macam kawan2 aku....
Nie je yang aku mampu.....
dan kalau aku ade salah.... komen je....
xdelah aku nak p sepak korang plak kan.....
Nak amik ape2....
cakap kat aku dulu....
sbb takut aku plak ada masalah nanti....
Sume bnda dlm nie adalah hak milik keRAJAan 'warkah ilusi'...

SElaMat BerIlUsi......
dalam 'warkah ilusi'....
moga2 dr diskusi....
mendpat konklusi.....
jdkan ia sbg inspirasi....
d dunia dan ukhrawi....


~= cciiikkuuuu ccaaaak =~ huhuhu....

next please........

Related Posts with Thumbnails