Jumaat, 30 April 2010

Sejarah y ki@n dlupakn... -2-

jom sambunggggg........

ok... hr tu aku citer sket pasal kashmir kan... pasal sjarah2 kashmir... Kali nie plak.. aku nk share r ng korg... serba sdikit hasil dr pencarian n bacaan aku... pasal 'tragedi hitam d kashmir'... tp b4 masuk dlm citer y aku nk share ng korg... aku nk bgtau sket kan... Sbelum British nk tgglkan Asia tengah d sbbkan maslah kat ngare diorg... British tlah mmasukkan unsur2 sekular dlm masyarkat Islam Kashmir... sbb tu kalau tgk pratus Islam kat Kashmir sbyk 87 %.. tp knape diorg xkuat... sbb ade stengah da xnk sgt kat Islam nie.. just Islam gitu2 je... Aku prnah ckp kat korg kan aku ade sorg kwn dr Kashmir... aku bkn nk kate kat die... tp nielah realiti hdup die... die xpandai bace Al-Quran... even die lbey tue dr aku... huhuhuhu... Dahla die xpandai... pastu die mcm suke + riak + bgga die tu xpandai bc Quran kat aku n kawn2 aku... Aduhai... Siap die suke + mlawak ag... Lpas je kjadian tu... aku trus anti bdak tu... huhuhu... Bkan nk berskap negatif... tp xsuke prangai die tu... mcm mrendah2 kan islam lak... Pastu... aku pn terfikir r... adekah ini y berlaku kpd negara2 Islam y lain... Di Bosnia... org Islam d bunuh camtu... pastu snyap je.... Aku cume berfikir lah... x mgaggap bgitu... sbb aku xde kat ngare tu...


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda;
'Hampir tiba suatu mase di mane bangsa2 dr sluruh dunie akn mgerumuni kamu
bagaikan org2 y hndak makn mgerumuni talam hidangan mereka'
Maka salah seorg sahabt bertny;
'apakah kerana kami pd mase itu sdikit??'
Nabi mnjawab;
'Bahkan kamu byk skali pd hari itu ttapi kamu umpama buih di waktu banjir'
'Dan Allah akn m'cabut rase gerun t'hdp kamu dr hati musuh2 kamu, dan Allah akn m'campakkan ke dlm hati kamu penyakit "wahan"....'
Seorg shabt bertny;
'apakah "wahan" itu wahai Rasulullah??'
Nabi lalu mnjawab;
'Cinta dunia & takut mati' -hadith riwayat Abu Daud....


Hari Hitam di Lembah Kashmir...

kashmir's flag....

Tanggal 27 Oktober 1947 merupakan detik hitam dalam sejarah wilayah Kashmir

apabila lebih 300,000 penduduk Islam menjadi korban dalam tempoh dua bulan

setelah tentera India menakluk wilayah Jammu dan Kashmir.

Kerajaan India telah mencabul Akta Kemerdekaan India dan Rancangan Pemisahan tahun 1947 dengan menghantar tentera untuk menakluk wilayah tersebut.

Mengikut Akta Kemerdekaan India dan Rancangan Pemisahan yang diluluskan oleh Parlimen Britain pada 18 Julai 1947, kerajaan Britain telah memutuskan bahawa India sebagai negara jajahannya perlu dibahagikan kepada dua.

Kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Hindu akan membentuk negara India,

manakala kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Islam di wilayah barat dan Bengal timur akan dimasukkan di bawah negara baru Pakistan.

Kashmir yang mempunyai majoriti penduduk Islam hampir 87 peratus mempunyai

tendensi untuk menyertai Pakistan, tetapi atas perancangan pemimpin Hindu dan Kongres Kebangsaan India menyebabkan impian penduduk Kashmir untuk menyertai Pakistan berkecai.


ini xadil... siput punye india...


Satu dokumen kontroversi berhubung hak pemilikan ke atas Kashmir yang dirangka di Delhi dan dibentangkan kepada Maharaja Hari Singh, yang merupakan pemerintah negeri Jammu dan Kashmir pada masa itu, tidak dapat dibuktikan, sama ada Maharaja itu telah menandatangani dokumen tersebut seperti yang didakwa oleh India.

Kerajaan India tidak pernah mendedahkan secara terbuka kepada umum dan secara rasmi tentang dokumen tersebut di mana-mana forum antarabangsa, kecuali dalam bentuk gambar salinan asal perjanjian berkenaan yang disiarkan melalui laman web rasmi kerajaan India.

Kerajaan India mendakwa Maharaja Hari Singh telah menandatangani dokumen

penyerahan wilayah itu kepada India pada 26 Oktober 1947.


hensem xaku??? huhu... sempat ag!!!


Penduduk Kashmir tidak menerima pendudukan haram India sejak hari pertama

pemberontakan bersenjata yang disokong dengan kebangkitan rakyat pada tahun

1947.

Pada 1 Januari 1948, setelah kekalahan tenteranya, India merujuk masalah

tersebut kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan bantuan. Majlis Keselamatan PBB kemudian telah meluluskan resolusi menetapkan bahawa penaklukan dan pendudukan India ke atas Kashmir adalah tidak sah.

Badan dunia itu telah meluluskan dua resolusi, satu pada 13 Ogos 1948 dan satu lagi pada 5 Januari 1949 yang diterima oleh Pakistan dan India. Melalui kedua-dua resolusi tersebut PBB meluluskan gencatan senjata, menetapkan garisan gencatan senjata (LOC), mengisytihar wilayah itu sebagai bebas tentera dan pungutan suara dengan pengawasan PBB.

Walaupun satu fasa daripada resolusi tersebut (gencatan senjata) telah

dilaksanakan, namun langkah membebaskan wilayah tersebut daripada kuasa tentera dan mengadakan pungutan suara yang bebas di bawah pengawasan PBB masih tidak dilaksanakan sampai ke hari ini.


kesiannyeee.... sdey raseeee...


Pada 18 Julai 1949, Pakistan dan India menandatangani Perjanjian Karachi bagi mewujudkan Garisan Kawalan (LOC) dengan diawasi oleh pemerhati daripada PBB.

Berikutan persempadanan semula itu, kawasan seluas kira-kira 141,338 kilometer persegi meliputi negeri Jammu dan Kashmir kekal di bawah India, manakala kawasan seluas 85,846 kilometer persegi meliputi kawasan Azad Jammu dan Kashmir, yang dikenali sebagai Azad Kashmir berada di bawah kawalan Pakistan.



Membisu


Satu perkara yang nyata mengenai konflik Kashmir ialah India sendiri telah

membawa isu pertikaian ke atas Kashmir itu kepada PBB dan gencatan senjata

telah dikuatkuasakan, tetapi selepas itu India gagal mematuhi semua janji yang dibuatnya berhubung penyelesaian konflik tersebut serta memberi hak kepada penduduk Kashmir untuk menentukan masa depan mereka.


cukup r bunuh org Islam....


Penduduk Kashmir di wilayah yang diduduki India, yang kecewa dengan kegagalan segala usaha secara aman bagi menyelesaikan konflik Kashmir, telah bangkit melancarkan pemberontakan secara besar-besaran pada 1989 bagi mendesak pihak berkuasa India memberi hak kepada mereka untuk menentukan masa depan mereka.

Pemberontakan itu telah mendapat sokongan hebat daripada penduduk Kashmir. Ini mendorong Perdana Menteri India pada masa itu, Atal Bihari Vajpayee mengadakan rundingan dengan Presiden Pakistan pada masa itu, Jen (B) Pervez Musharraf pada 6 Januari, 2004.

Rundingan antara kedua-dua negara itu diteruskan sehingga zaman pemerintahan Perdana Menteri Manmohan Singh pada 2004 dan masih diteruskan sampai hari ini.

Malangnya, ketika Pakistan bersikap fleksibel dalam proses dialog itu, tindakan keganasan dan kekejaman oleh tentera India terus menjadi halangan utama dalam usaha mencari penyelesaian kepada krisis Kashmir.


demonstrasi....

'betul tu'... peace without justice is no peace.....


India juga bersikap `membisu' kepada cadangan Pakistan supaya menjadikan

Kashmir kawasan bebas tentera, membenarkan penduduk Kashmir membentuk kerajaan sendiri dan mewujudkan pengurusan bersama bagi menyelesaikan konflik Kashmir.

Tentera India dikatakan terus mencabul hak asasi penduduk Kashmir dan

kehilangan beribu-ribu penduduk Kashmir dan mereka yang hilang dalam tahanan masih tidak diketahui.

Pertubuhan hak asasi antarabangsa termasuk Amnesty International, Human Rights Watch dan Asia Watch dalam laporan-laporan mereka telah melahirkan kebimbangan terhadap pencabulan hak asasi di wilayah yang diduduki India, namun pihak berkuasa India tidak mempedulikan semua bantahan tersebut.

Parlimen Kesatuan Eropah pada sesi pleno di Strasbourg pada 10 Julai, 2008 lalu juga sebulat suara meluluskan usul tergempar menggesa kerajaan India segera melancarkan penyiasatan yang bebas terhadap penemuan apa yang disyaki sebagai kubur-kubur besar di wilayah yang diduduki India.

keratan akhbar tentang kezaliman tentera India....


Resolusi yang diluluskan oleh Parlimen Kesatuan Eropah itu menyatakan bahawa beratus-ratus kubur yang tidak dikenal pasti telah ditemui sejak 2006 di Jammu dan Kashmir dan sekurang-kurangnya 940 mayat dilaporkan telah ditemui di 18 kampung di daerah Uri sahaja.

Resolusi itu juga mendedahkan bahawa tapak-tapak kubur besar itu dipercayai

mengandungi mayat-mayat mangsa pembunuhan, mereka yang hilang dan mangsa

penderaan serta penyiksaan semasa konflik bersenjata yang tercetus di Jammu dan Kashmir sejak 1989.

wilayah kashmir.... menjadi hak negara bkn Islam.....


Demonstrasi terbaru secara besar-besaran anti-India diadakan sebagai referendum penduduk Kashmir terhadap pendudukan tentera India di tanah air mereka.

Beberapa pemimpin pejuang kemerdekaan termasuk Shabbir Ahmed Shah, Aasia

Andrabi, Muhammad Ashraf Sehrai, Masarat Alam Butt dan Ayaz Akbar juga telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Awam oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan mereka mempengaruhi rakyat.



to be continued.............


jumpe ag dude.....



4 ulasan:

  1. salaam.

    pasal kwn dr kashmir tu,mmg awk teros tak endahkan die ke? dgr dr cerita mmg agak terok die tu,tp bukan ke sebaik2nye jgn ditinggalkan org2 mcm tu. mksdnye kte yg dah faham dan istiqomah dgn Quran tu lah kene bimbing die? tak ke gitu?

    kesian pulak kat die. seteruk2 muslim tu teruk lagi kafirun. astaghfirullahal'azim

    insha Allah sekadar perkongsian :) oh ye,bagus penulisan ni.

    BalasPadam
  2. wasalam... sbenanye xlah saye mmbenci die... sbb tu saye kate 'saye xsuke perangai die'... N mmg nk tgur n cba rpt ng die.. N saye cbe rapat... bley dkatakn... dlm bdak mlayu smase short sem nie... saye antra plg rpt dgn foreigner... ttapi... saye xleh trus tgur die... sbb die foreigner... jd saye kna faham dulu... care n bagaimane die tu... sbb utk mnjauhi die trase hati dgn saye...

    pape pn... Hdayat milik Allah... n kte sbg khalifah.... buatlah baik kpd org lain krnNye...

    Doa2kan lah kat die...

    BalasPadam
  3. oh bagus lah..ada niat mcm tu. salah agp lak. aasif~ ye,insha Allah doakan. Dia maha pemurah dan Dia yg Maha Mengetahui sesuatu..

    BalasPadam
  4. tidak mngapa... Sgala y baik dtgnye dr Dia... Ape y cacat dtg dr diri y hine... hakikatnye dr Die jue....

    Anyway... tq...

    BalasPadam

Sedikit Bebelan....

Bismillah...
Assalamualaikum...
Selamat Datang ke Dunia Ilusiku.. 'Warkah Ilusi'...

Apa khabar semua??
Aku buat blog nie mmg utk korang bace...
Jadi kalau korang nak bace...
Bace je la... Hahahaha....

Sorry sebab lama tak update...
Yang rindu kat aku tu...
Aku pun rindu korang.... Hahaha...

Lastly....
Kalau ade yang korang rase berguna dlm blog nie....
Gunalah.... dan sebarkanlah.....
Aku nie insan biase.... yang byk (giler) dosa.....
Aku tak layak jd pendakwah macam kawan2 aku....
Nie je yang aku mampu.....
dan kalau aku ade salah.... komen je....
xdelah aku nak p sepak korang plak kan.....
Nak amik ape2....
cakap kat aku dulu....
sbb takut aku plak ada masalah nanti....
Sume bnda dlm nie adalah hak milik keRAJAan 'warkah ilusi'...

SElaMat BerIlUsi......
dalam 'warkah ilusi'....
moga2 dr diskusi....
mendpat konklusi.....
jdkan ia sbg inspirasi....
d dunia dan ukhrawi....


~= cciiikkuuuu ccaaaak =~ huhuhu....

next please........

Related Posts with Thumbnails